Saturday, 23 November 2013

BAB 8 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

'Ish lambat betul la minah ni. Ni yang buat aku naik darah tinggi ni. Kan aku balik baru tau. Tapi, kalau aku balik melepaslah peluang aku. Ni projek Tan Sri tak boleh tolak punya. Sabaar Aaron sabar' gumam Aaron dalam hati.

Tiba tiba pintu biliknya dibuka. Dia kembali duduk di kerusinya. Dia melihat Farah dengan seorang perempuan yang begitu cantik sekali masuk di dalam biliknya itu

"Bos ni saya kenalkan Tengku Izzatiey anak kepada Tan Sri Tengku Abdul Hamid" Farah memperkenalkan gadis itu.

""Hello, nice to meet you" Aaron menghulurkan tangannya untuk bersalam

"Sorry ya Mr Aaron tapi I tak pegang sembarangan tangan. Nanti berjangkit dengan macam macam penyakit. Nanti kesian papa bibik I kena jaga I kalau I kena penyakit" balas Izzatiey

Aaron mengepal tangannya

'Ish minah ni dah la lambat, tunjuk lagak pula. Nasib baik cantik kalau tak aku halau keluar dah.'

"Bos , kalau takde apa apa saya keluar dulu ya"ujar Farah

"Alright. Ah... Farah kalau you nak balik boleh balik lah dulu. Lagipun hari ni kan hari sabtu. So, kalau nak balik just whatsapp me ok" balas Aaron

"Ok bos" Farah pun berlalu pergi.

"Ehem, tak nak pelawa guest you ni duduk ke. Ingat I ni askar" sindir Izzatiey.

"Duduk je la, lagipun kerusi sebelah you je kan. Takkan tu pun I nak suruh" balas Aaron,

Kemudian mereka meneruskan perbualan mereka dengan perkara yang sepatut dibincangkan. Dalam perbualan itu, terselit gelak ketawa oleh Izzatiey dengan kelucuan Aaron. Dan ada juga ketika mereka mula bertentang mata lalu tercatatlah satu perasaan yang melekat di hat mereka.

"Wow that was great" ujar Aaron

"Kalau macam tu I pergi dulu ya" kata Izzatiey lalu bangun dari tempat duduknya.

"Wait Izzatiey. Can I get your phone number?"

"Boleh. Boleh blah. Kalu you nak sangat ambiklah dengan papa I. Oklah I nak pergi shopping dengan kawan kawan I . Bye"

Selepas itu, Aaron terus mengelamun tentang oerbualan mereka sebentar tadi. Dia masih teringatkan kecantikan Izzatiey itu. Seksi tapi ayu.

'Hisy apa aku fikir ni.Nazeeq. Alamak aku lupa la. Pasti Nazeeq merajuk ni. Kenapa boleh lupa sayang aku sorang tu'

Aaron kemudiannya mengambil telephone bimbitnya itu dan menghantar whatsappnya kepada Farah

-Farah esok you tak payah datang lah. Sebab Izzatiey beritahu I yang esok dia tak datang. Lagipun I dengan dia dah bincangkan dengan dia tentang projek tu.-

Aaron meletakkan telefon bimbitnya itu ke dalam poket dan berkemas untuk pulang.

'Just wait Izzatiey. I will get you'



No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates