"Assalamualaikum,ada orang tak'"Aaron membeli salam setelah membuka pintu biliknya.
Kemudian Aaron masuk kedalam biliknya dan melihat betapa kemasnya biliknya itu.
'Hrmm... ni mesti Mak Idah yang kemaskan' fikir Aaron.
Kemudian dia menghempapkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu. Dia melihat ke langit dan dia mula terbayangkan wajah Tengku Izzatiey yang sentiasa bermain di dalam fikirannya itu.
'Hai la Izzatiey, kenapalah kau ni cantik sangat. Eh apa aku merepek ni, kalau kau nak dekat Izzatiey , habis tu Nazeeq kau nak letak mana? Haisy, macam mana ni? Takkan aku nak tinggalkannya'
Aaron trlalu memikirkan perasaannya yang tiba tiba bertukar arah itu. Selang beberapa minit,dia sudah terlelap. Tanpa Aaron sedari , Nazeeq memasuki biliknya. Nazeeq kemudiannya membuka satu persatu pakaian Aaron dan meletakkannya di posisi yang betul di atas katil. Kemudian dia selimutkan Aaron lalu tidur di sebelahnya.
Beberapa jam kemudian, Aaron mula tersedar dari tidurnya. Dia merasakan ada orang tidur di sebelahnya. Kemudian dia bangun perlahan lahan dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Usai mandi Aaron pun turun ke bawah dan terus ,menuju ke dapur.
"Oh Mak Idah ku katak" Aaron berkata dengan suara yang agak kuat
"Oh katak katak Mak Idah jadi katak" Mak Idah melatah setelah terkejut dengan suara Aaron.
"Ish budak ni, nasib baik jantung aku tak terkeluar" kata Mak Idah sambil mengurutkan dadanya.
"Boleh terkeluar ke jantung tu Mak Idah" seloroh Aaron.
"Ni apasal baru bangun ni dah lewat malam baru nak bangun?"
"Sorilah Mak Idah , penat sangat lah hari ni. Lagipun hujung minggu pun saya kena kerja"
"Takpelah tuan. Dah rezeki takkan nak tolak. Erk, tuan. Mak Idah nak tanya benda boleh tak?"
"Tanya ape Mak Idah?"
"Tuan ada scandal ekk dengan kawan tuan tu.?"
"Apa yang Mak Idah merepek ni? Takkan dengan kawan sendiri pun ada skandal. Lagi lagi dengan laki. Takde maknanya Mak Idah oi"
"Takdelah tadi saya nak masuk bilik tuan dan saya lihat kawan tuan tu tidur di tepi tuan. Tu yang Mak Idah musykil tu"
"Takde apa apalah Mak Idah, tadi kami berbincang pasal kerja then kami terlelap. Tu yang terjadi sebenarnya"
"Oh.."
"Hmm.. Mak Idah Mak Idah, takpelah saya tidur dulu dah lewat ni. Nanti Pak Haji gigit saya sebab mengurat Mak Idah tengah malam buta ni. Oklah Mak Idah Assalamualaikum"
"Hisy budak ni , waalaikumussalam" balas Mak Idah
Semasa Aaron hendak menaiki tangga, dia melihat Nazeeq berlari ke biliknya lalu mengunci pintu biliknya.
'Alamak mesti dia dengar perbualan aku dengan Mak Idah tadi. Hisy macam mana ni'
Aaron terus ke bilik Nazeeq dan mengetuk pintu.
"Sayang, sayang bukalah pintu ni"
Nazeeq pun menutup lampu biliknya dan berpura pura tidur. Kemudian Aaron menuju ke biliknya dan tidur dengan perasaan yang risau.
No comments:
Post a Comment