Friday 10 November 2017

AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 5 )

02:56 0 Comments

Seusai makan malam, Aaron dan Naziq terus menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Aaron lantas mengambil alat kawalan jauh lantas membuka saluran televisyen lalu menekan siaran kartun kegemarannya iaitu Spongebob Squarepants.

"Eh you ni macam budak kecil la, dah tua bangka pun tengok kartun lagi"

"Relax la sayang, I ni kan masih budak-budak lagi" .Mak Idah kemudiannya datang dengan membawa sedulang air.

"Tuan, ni Mak Idah ada buatkan teh. Minumlah." lalu Mak Idah meletakkan dulang itu di atas meja kopi yang terletak berhadapan dengan mereka.

"Terima kasih Mak Idah. Masakan Mak Idah tadi sedap sangatlah. Saya tengok ada orang tu sampai menjilat jari masa makan masakan Mak Idah tadi" Aaron bersenda.

"Sama-sama tuan. Ala tuan ni macam tak biasa pulak. tukang masak antarabangsa ni hahaha. tak apalah tuan, Mak Idah nak masuk tidur dulu. Lagipun Mak Idah penat sangat menolong Pak Haji tadi menanam bunga dekat halaman tu. Sakit pulak rasa pinggan ni"

"Ok Mak Idah. pergilah rehat dulu. Em, Mak Idah Pak Haji mana?"

"Pak Haji kamu dari tadi dah landing dalam bilik tu."

"Aduhai, Pak Haji, Pak Haji."

Mak Idah berlalu pergi menuju ke kamar tidurnya setelah penat seharian bekerja.

"You, I pun nak tidur jugalah. Mata I ni dah tak boleh buka dah ni. Berat sangat" kata Naziq sambil menggosok matanya yang hazel tu.

"Habis tu siapa nak habiskan air teh ni?"

"Youlah" Nazeiq pun berlari menuju ke biliknya.

"Tunggu!" Aaron mengejar.

Beberapa jam kemudian...

Naziq tidak dapat melelapkan matanya kerana otaknya asyik memikirkan kenangan-kenangan lalu selama dia mengenali Aaron. Dia merasakan dia tidak boleh berpisah dengan Aaron walaupun sesaat.  Naziq kemuadiannya bangun dari katil lalu menuju ke bilik Aaron yang terletak di hadapan biliknya. Dia kemudiannya membuka perlahan-lahan pintu bilik Aaron dan mengintai Aaron menerusi pintu tersebut. Pada waktu itu Aaron yang baru selesai saja mandi . Dia hanya berlilitkan tuala di pinggangnya. Naziq ketika itu terpana tatkala melihat tubuh Aaron yang agak sasa itu. Dia tidak menyangka bahawa Aaron bertubuh sedemikian kerana sudah lama tidak melihat badan Aaron bahkan tidak pernah langsung lebih lebih lagi dia selalu melihat Aaron dengan pakaian kerjanya sahaja. Naziq kemudiannya dengan senyapnya menuju ke arah Aaron lantas memeluknya dari belakang tanpa pengetahuannya.

"You ni buat I terkejut je"

"I rindu dekat you" Naziq melepaskan rasa rindunya dengan mencium leher balakang Aaron dengan ghairahnya. Lalu dia memusingkan badan Aaron lalu tersinggahlah bibirnya di bibir Aaron itu. Sejak itu bermulalah perhubungan mereka yang selama ini sekadar meniti di bibir mereka sahaja.

"Ini saja yang you mampu buat?" Aaron bertanya lantas menolak tubuh Naziq menyebabkan Naziq terjatuh ke atas katilnya. Aaron kemudiannya perlahan-lahan mencium bibir Naziq dan perlahan-lahan melingkari tubuh Naziq dengan ciuman hangatnya. Aaron kemudiannya menanggalkan semua pakaian Naziq dan menjatuhkan tuala yang melingkari tubuhnya itu. Kini mereka berada dalam keadaan tanpa seurat benang tanpa ada perasaan malu.

"I tak ready lagi. Nanti kena penyakit macam mana?"

"Takpe I pakai pelindung. Jangan risau ok"

Naziq mengangguk dan membiarkan Aaron menguasai tubuhnya itu. Pada malam itulah mereka merasmikan hubungan mereka yang sudah lama terputik sejak di sekolah menengah lagi. Mereka bagaikan sepasang suami isteri yang merasmikan.malam pertama mereka. Oh indahnya dunia ini ! Mereka merasakan bahawa malam itu dunia ini milik mereka. Mereka hanyut dengan perasaan masing-masing tanpa ada sikit pun kekesalan di hati. Oh dunia...

Sunday 5 November 2017

AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 4 )

00:56 0 Comments


"Wow. So huge." Naziq terpegun tatkala menjejakkan kaki ke dalam kediaman milik Aaron.

"Oh tak ada apa-apalah. Papa I yang bagi ni. Biasa je ni, I ada satu lagi rumah yang lebih cantik dekat Damansara. Rumah tu I beli masa first time I buka syarikat. Mama dengan papa pun tak tahu. Nanti kita tinggal sana ya. Takde lah orang nak kacau kita" jelas Aaron

"Tuan nak makan? Mak Idah dah masakkan makanan kegemaran tuan iaitu asam pedas ikan patin" kata Mak Idah setelah mengambil beg tuannya itu dari tangan tuannya.

Mak Idah merupakan pembantu rumah kepada Aaron. Dia telah berkhidmat untuk Aaron dan keluarganya selama 2 tahun. Dia juga mempunyai suami yang bernama Pak Haji yang merupakan tukang kebun di situ. Mak Idah telah menganggap Aaron sebagai anaknya sendiri kerana dia dan Pak Haji tidak mempunyai anak atas faktor kesihatan.

"Yayy... Ni sayang Mak Idah ni. Oh ya saya terlupa nak kenalkan, ini Naziq kawan saya dari sekolah rendah lagi. Dia bakal tinggal di rumah ni untuk beberapa hari atau mungkin beberapa bulan."

"Assalamualaikum mak cik" Naziq bersalam dengan Mak Idah.

"Tak usahlah bermakcik-makcik. Tua sangat. Panggil auntie je.. hahaha takdelah panggil Mak Idah je" gurau Mak Idah.

"Amboi Mak Idah. Dah pandai buat lawak ye sekarang. Haishh takpelah Mak Idah saya naik mandi dulu malam nanti kita makan sekali ye. Jangan lupa panggil Pak Haji tu sekali nanti kebulur pulak dia"

"Hmmm... yelah tuan"

"Jomlah Naziq" panggil Aaron

"Hmm" balas Naziq sambil bermasam muka.

"Kenapa dengan you pulak ni"

"Tak de apa-apalah"

"Alah I tahu. You mesti dengki bila I cakap sayang dekat Mak Idah. You ni macam budak kecil la. I sayang Mak Idah tu mcam I sayang mak I sendiri tau. You nak tahu satu benda tak. I takkan sayang orang lain selain daripada you. You're the king in my heart"

"Really"

"Definitely"

"Thanks sayang, I juga takkan menyayangi orang lain selain daripada you"

"I know that. Okay. Nah sayang ni bilik you. Malam nanti you turun okay. Kita makan sekali.
Aaron berlalu pergi lalu mencium dahi Naziq.

AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 3 )

00:37 0 Comments



"Bos keluar lunch dengan sape tadi. siap kissing pipi lagi" Farah bertanya dengan penuh persoalan . Mana tidaknya, kalau perempuan tak mengapalah tapi ini lelaki. Pelik!

"Macam mana awak tahu saya keluar makan. Awak intip saya ke?" tanya Aaron dengan hati yang
berdebar.

"Takde maknanya saya nak intip bos. Staf lain yang beritahu. Dia cakap yang dia nampak bos cium pipi seorang lelaki masa bos siap lunch dekat Mak Embong Cafe. Entah-entah bos ni gay. Bos jangan bos, meremang bulu roma saya" kata Farah sambil bergurau.

"Eh mana adalah.. lagipun perbuatan itu dibenci oleh Allah SWT. Nanti, tak semena-mena saya kena
malapetaka macam kaum Nabi Luth a.s. Lagipun cium pipi tu kan sunnah Rasulullah. Rasulullah
selalu mencium pipi sahabatnya selepas bersalam dengan mereka. Awak tu jangan fitnah saya sembarangan. Awak kan tau yang memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Nanti tak pasal-pasal saya masuk syurga awak masuk neraka kerana fitnah awak tu" Aaron memberi ceramahnya kepada Farah kerana takut rahsianya terbongkar.

"Wah pandai betul bos beri ceramah agama.. hehehe,, Sorry la bos, saya manalah tau. Orang zaman sekarang bukan boleh kira. Saya janji saya tak buat lagi"

"Hmm.. takpelah saya maafkan. Dahlah saya dah lewat ni nak masuk meeting. Nanti tak pasal-pasal
Dato' Ismail batalkan perjanjiannya dengan kita untuk membina sebuah lagi pejabat baru Razeeq
Corporation Bhd.. Susah tu nak cari orang seperti Dato' Ismail tu."

"Oraitt bos.." balas Farah sambil menabik bosnya

'Hmm... Farah, Farah. Nasib baik tak kantoi tadi' gumam Aaron sambil mengusap dadanya yang berdebar-debar tadi bagaikan ingin tercabut jantungnya. Selesai mesyuarat, Aaron terus ke biliknya. Dia terasa amat gembira sekali kerana Dato' Ismail telah bersetuju untuk memulakan projek membina syarikat baru Razeeq Corporation Bhd. di Kuala Terengganu.

"Hmmm.... bosannya. Baik aku telefon Naziq" Aaron mengambil iPhonenya lalu menekan nombor Naziq.

"Hai sayang, you dekat mana?"

"Umm... I still dekat kafe ni lagi"

"Haa... but why?" tanya Aaron dengan nada yang terkejut.

"I takde tempat lah nak tinggal."

"Okey, macam nilah. You tunggu dekat kafe tu dulu nanti I datang ambil you okay?"

"Okay"

Aaron mematikan panggilan tersebut dan terus keluar untuk menjemput Naziq.

"Farah, I pulang dulu. Hmmm... sekarang pun baru pukul 3.  Kalau you nak balik awal ,saya benarkan tapi ingat esok mesti datang kerja tau. Jangan pulang tak kembali pula. Okaylah saya pergi dulu." Aaron berseloroh dengan pembantunyanya itu.

"Yay... thank you bos" Farah meloncat gembira.

Saturday 4 November 2017

AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 2 )

20:56 0 Comments

"Baiklah hari ini kita akan mengulangkaji semula tajuk Pembinaan Negara Bangsa ini" kata Cikgu Suhana sambil memegang buku teks Sejarah tingkatan 5.

"Weh kau ni kenapa asyik mengelamun je. Cikgu Su suruh buka buku Sejarah yang kau pergi buka buku Add Math ni apesal?" tanya Zack sambil mengekek ketawa.

"Oh maaf. Aku mengantuk sebab tu aku mengelamun" balas Aaron dengan senyuman yang paksa.

'Isy dia ni. Takkan pukul 1 tengah hari pun mengantuk. Pelik sungguh budak ni. Ni mesti ada benda yang tak kena' gumam Zack di dalam hatinya.

"Okay, terima kasih kelas" tiba-tiba Cikgu Suhana berlari dengan pantas kerana ada panggilan mesyuarat tergempar.

Waktu itu semua murid terlopong melihat kelakuan Cikgu Suhana yang keluar daripada kelas dengan
 dan berlari bak angin taufan.

"Cikgu Su ni dah boleh masuk olimpik dah ni" Zack berkata memecahkan lamunan rakan sekelasnya
yang masih terkejut dengan Cikgu Suhana. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Aaron tidak tergelak dengan kelucuan Zack itu. Apa yang ada di fikiran Aaron hanyalah Naziq, Naziq, Naziq...


5 TAHUN KEMUDIAN

"I wait you at Mak Embong cafe , okay" Aaron memutuskan talian.

"Amboi, siapa tu bos? Awek ke?" kata Farah kepada Aaron.

Farah Izyan merupakan setiausaha kepada CEO syarikatnya iaitu  Aaron Razeeq.

"Takdelah. Just someone speacial" balas Aaron dengan senyuman yang melebar.

Aaron Razeeq kini telah menjadi CEO yang berjaya di sebuah syarikat daripada hasil titik peluhnya sendiri iaitu Razeeq Corporation Bhd.  Setelah dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM, dia melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Kemudian, dia kembali ke tanah air dan memulakan bisnesnya di menubuhkan syarikatnya sendiri.

'Rindunya aku pada Zack. Di manalah dia agaknya sekarang' tiba-tiba rasa rindu akan sahabatnya
semasa dia berada di sekolah menengah. Selepas keputusan SPM keluar, Zack terus menghilangkan diri dan tiada siapa yang tahu di mana Zack berada. Adakah dia mendapat keputusan yang cemerlang atau sebaliknya?

"Bos... bos mengelamun ekk. Takpelah bos saya keluar dulu sebab banyak benda lagi nak
buat ni. Nak bercakap dengan bos pun asyik mengelamun. Jangan mengelamun banyak sangat "balas Farah lalu berlalu pergi.

Aaron memandang ke arah Farah yang mengenakan busana baju kebaya cream bercorak rama-rama dipadankan pula dengan tudung biru. Fulamak betapa cantiknya gadis ini, bentuk badannya mengalahkan model tetapi malangnya, bosnya bukanlah seorang mudah terpikat dengan seorang perempuan lebih-lebih lagi dia ni seorang bukannya penafsu yang baik. Bosnya tetap setia dengan kekasih hatinya seperti biasa, Naziq. Ya, Naziq. Mereka masih bersama walaupun zaman sekolah menengah telah lama habis, tapi hubungan mereka tetap utuh.

Aaron keluar dari pejabatnya dan menuju ke arah meja setiausahanya itu.

"Farah, saya nak keluar sekejap, kalau ada apa-apa just call me ok" beritahu Aaron.

"Yes bos....Tapi bos nak keluar pergi mana? Ada date dengan someone yang special ke?"

"Yeah! Something like that. Takdelah... saya kena jumpa dengan kawan saya ni. Kalau saya nak pergi dating pun saya takkan bagitahu awak. Eh, penyibuknya dia ni. Hahaha takpelah saya pergi dulu" kata Aaron


AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 1 )

19:21 0 Comments

Pagi itu sungguh riuh rendah sekali suasana di dalam kelas 5 Einstein. Gelak ketawa pelajar-pelajarnya, dengan budak perempuan boraknya yang hampir boleh dedangari satu kelas. Zack tiba-tiba terlihat rakan semejanya, Aaron yang sedang termenung jauh itu lalu duduk di sebelahnya.

"Weh apasal kau ni. Orang lain semuanya happy, kau pula senyap dari tadi. Kenapa? Kau demam
ekk? Mari aku bawa kau ke hospital." tanya Zack kepada Aaron sambil memegang dahi Aaron

"Tak ada apa-apalah" jawab Aaron lalu menepis tangan Zack yang melekat di dahinya.


Muhd Aaron Razeeq atau lebih dikenali sebagai Aaron merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah di ibu negara ini. Dia seorang pelajar lelaki yang memiliki rupa paras yang agak menawan dan memiliki kulit sawo matang serta memiliki tubuh badan yang agak sasa berbanding rakan-rakannya . Dia juga diminati dan digilai oleh semua pelajar perempuan di sekolahnya namun sebenarnya  tiada siapa yang tahu bahawa dia memiliki nafsu yang ........ songsang! Ya, Aaron memang mempunyai naluri yang agak pelik iaitu perasaan inginkan lelaki. Tiada siapa yang mengetahui yang Aaron sebenarnya sudah lama berkeadaan sebegini walaupun keluarganya sendiri. Dia juga mempunyai hubungan sulit dengan kawannya sejak tingkatan 1 lagi, iaitu dengan Syed Asyraf Naziq atau dikenali sebagai Naziq. Naziq merupakan seorang pelajar contoh atau pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Walaupun Naziq berbadan sama macam Aaron tetapi rupanya lebih ke arah orang cina kerana keturunannya merupakan dari orang cina dan mempunyai kulit yang agak putih berbanding Aaron. Aaron akan selalu keluar dengan Nazeeq tidak kira masa atau ke mana saja mereka pergi.

"Aaron, jom makan." laung Naziq dari luar kelas 5 Einstein

"Okay, jap. Bye Zack aku pergi dulu." jawab Aaron lalu melambai tangannya kepada Zack yang duduk di sebelahnya.

'Hmmm takpelah nak buat macam mana, dah lupa kawan agaknya' gumam Zack di dalam hatinya.

KRRRRRIIIIIIINGGGGGG!!!!! Loceng yang berbunyi menandakan sudah berakhirlah waktu persekolahan pada hari ini. Seperti biasa, Aaron akan mencari Naziq untuk pulang bersama.

"Isy,mana Naziq ni? Dah sejam aku tunggu dia" keluh Aaron.

Tiba-tiba telefon Aaron berbunyi. Aaron tersenyum tatkala melihat nama Naziq yang muncul di
skrin telefonnya. Lalu, dia menekan butang hijau untuk menjawabnya.

"Hello, you dekat mana? Dekat sejam I tunggu you dekat pagar sekolah. Panas tahu tak" beritahu
Naziq di hujung talian.

"Haa, you dekat pagar!"balas Aaron

"Ye la. Tadi kan dah janji nak tunggu dekat pagar sekolah. You ni dah lupa ke?"

"La... I cari you dekat kelas, sorry ekk"

"Okeylah,cepat sikit tau" balas Naziq lalu memutuskan talian.


Walaupun Naziq dan Aaron bernafsu sedemikian namun mereka bukanlah berperwatakan lembut sepertimana golongan maknyah. Mereka berdua sangat aktif dalam kokurikulum dan bidang sukan di sekolah mereka. Mereka juga selalu mewakili sekolah mereka dalam apa sahaja kejohanan termasuk kejohanan bola sepak peringkat negeri. Mungkin disebabkan itu tiada siapa yang mengesyaki atau mengetahui keadaan sebenar diri mereka.

"Sorrylah,I lupa tadi" ujar Aaron kepada Naziq

"Hmm takpelah. Jom balik cepat nanti kulit I ni terbakar" Naziq berjalan lalu menarik tangan Aaron tanpa Aaron sedari.

'Haih dia ni. Makin buat aku sayang' gumam Aaron sambil tersenyum.

Sebenarnya tanpa mereka sedari, gerak geri mereka berdua diperhatikan oleh seseorang di sebalik pondok pengawal. Siapa dia?

Follow Us @soratemplates