Friday 27 December 2013

BAB 10 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

Pagi itu Aaron bangun lalu mempersiapkan diri untuk ke pejabatnya. Setelah dia bersarapan dia pergi ke bilik Nazeeq dan cuba membuka pintu biliknya tetapi ianya berkunci lalu Aaron meninggalkan satu nota untuk Nazeeq. Kemudian dia mengambil kunci keretanya dan memandu dengan laju untuk ke pejabatnya.

Setelah sampai di pejabatnya dia memanggil pembantunya.

"Farah. Mmm... awak ada nombor Tengku Izzatiey tak?" Tanya Aaron kepada Farah.

"Oh, saya ada nombor telefonnya. Emm, tunggu sekejap. Kenapa bos tiba-tiba mintak nombor telefonnya ni. Ha, bos nak tackel dia ekk..." seloroh Farah.

"Ish budak ni. Sehari kalau tak mengusik bos dia tak sah!"

"Hehe, takpelah bos saya keluar dulu. Saya banyak kerja nak buat ni. Kalau saya terus di dalam pejabat saya ni , alamak mati la saya kena bunuh dengan Cik Izzatiey. Pergi dulu bos. Nombor tu lepas lunch saya letak atas meja bos." kata Farah sambil berlari keluar dari pejabat bosnya.

Selepas itu, Aaron cuba untuk menelefon Nazeeq untuk meminta maaf atas perkara yang telah berlaku tetapi dia gagal untuk menelefonnya.

'Naz, jangan buat I macam ni please' gumamnya dalam hati.

SELEPAS makan tengah hari , Aaron ternampak satu nota di atasnya.

-Bos ini nombor telefonnya, GOOd luck!-

"Aish, Farah ni. 013XXXXXXX.Eh samalah dengan nombor aku cuma beza yang depan je."

Tanpa membuang masa Aaron terus menelefon nombor tersebut.

"Tuut... Hello? Siapa ni?" Ujar suara tersebut.

"Hai, it's me lah. Orang yang berusaha mencari nombor telefon you. Takkan tak ingat kot" ujar Aaron.

"Haha, finally you dapat. Mmm, setelah you dapat nombor I ni , you nak buat ape sekarang?" Balas Izzatiey

"Adalah. By the way, can we meet tonight?"

"Mmmm... kalau tak boleh?"

"Kalau tak boleh nak buat macam mana.."

"Ala ala manjanya... Nanti I Call you back I busy sekarang ni. Bye"balas Izzatiey lalu mematikan panggilan.

"Nanti......"

Aaron mengeluh lalu menyimpan telefon bimbitnya. Dia kemudiannya keluar daripada pejabatnya dan memberitahu Farah bahawa dia ingin pulang awal. Lalu dia pun berlalu pergi

No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates