Friday, 27 December 2013

BAB 10 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

15:53 0 Comments

Pagi itu Aaron bangun lalu mempersiapkan diri untuk ke pejabatnya. Setelah dia bersarapan dia pergi ke bilik Nazeeq dan cuba membuka pintu biliknya tetapi ianya berkunci lalu Aaron meninggalkan satu nota untuk Nazeeq. Kemudian dia mengambil kunci keretanya dan memandu dengan laju untuk ke pejabatnya.

Setelah sampai di pejabatnya dia memanggil pembantunya.

"Farah. Mmm... awak ada nombor Tengku Izzatiey tak?" Tanya Aaron kepada Farah.

"Oh, saya ada nombor telefonnya. Emm, tunggu sekejap. Kenapa bos tiba-tiba mintak nombor telefonnya ni. Ha, bos nak tackel dia ekk..." seloroh Farah.

"Ish budak ni. Sehari kalau tak mengusik bos dia tak sah!"

"Hehe, takpelah bos saya keluar dulu. Saya banyak kerja nak buat ni. Kalau saya terus di dalam pejabat saya ni , alamak mati la saya kena bunuh dengan Cik Izzatiey. Pergi dulu bos. Nombor tu lepas lunch saya letak atas meja bos." kata Farah sambil berlari keluar dari pejabat bosnya.

Selepas itu, Aaron cuba untuk menelefon Nazeeq untuk meminta maaf atas perkara yang telah berlaku tetapi dia gagal untuk menelefonnya.

'Naz, jangan buat I macam ni please' gumamnya dalam hati.

SELEPAS makan tengah hari , Aaron ternampak satu nota di atasnya.

-Bos ini nombor telefonnya, GOOd luck!-

"Aish, Farah ni. 013XXXXXXX.Eh samalah dengan nombor aku cuma beza yang depan je."

Tanpa membuang masa Aaron terus menelefon nombor tersebut.

"Tuut... Hello? Siapa ni?" Ujar suara tersebut.

"Hai, it's me lah. Orang yang berusaha mencari nombor telefon you. Takkan tak ingat kot" ujar Aaron.

"Haha, finally you dapat. Mmm, setelah you dapat nombor I ni , you nak buat ape sekarang?" Balas Izzatiey

"Adalah. By the way, can we meet tonight?"

"Mmmm... kalau tak boleh?"

"Kalau tak boleh nak buat macam mana.."

"Ala ala manjanya... Nanti I Call you back I busy sekarang ni. Bye"balas Izzatiey lalu mematikan panggilan.

"Nanti......"

Aaron mengeluh lalu menyimpan telefon bimbitnya. Dia kemudiannya keluar daripada pejabatnya dan memberitahu Farah bahawa dia ingin pulang awal. Lalu dia pun berlalu pergi

Thursday, 12 December 2013

BAB 9 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

00:45 0 Comments

"Assalamualaikum,ada orang tak'"Aaron membeli salam setelah membuka pintu biliknya.

Kemudian Aaron masuk kedalam biliknya dan melihat betapa kemasnya biliknya itu.

'Hrmm... ni mesti Mak Idah yang kemaskan' fikir Aaron.

Kemudian dia menghempapkan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu. Dia melihat ke langit dan dia mula terbayangkan wajah Tengku Izzatiey yang sentiasa bermain di dalam fikirannya itu.

'Hai la Izzatiey, kenapalah kau ni cantik sangat. Eh apa aku merepek ni, kalau kau nak dekat Izzatiey , habis tu Nazeeq kau nak letak mana? Haisy, macam mana ni? Takkan aku nak tinggalkannya'

Aaron trlalu memikirkan perasaannya yang tiba tiba bertukar arah itu. Selang beberapa minit,dia sudah terlelap. Tanpa Aaron sedari , Nazeeq memasuki biliknya. Nazeeq kemudiannya membuka satu persatu pakaian Aaron dan meletakkannya di posisi yang betul di atas katil. Kemudian dia selimutkan Aaron lalu tidur di sebelahnya.

Beberapa jam kemudian, Aaron mula tersedar dari tidurnya. Dia merasakan ada orang tidur di sebelahnya. Kemudian dia bangun perlahan lahan dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Usai mandi Aaron pun turun ke bawah dan terus ,menuju ke dapur.

"Oh Mak Idah ku katak" Aaron berkata dengan suara yang agak kuat

"Oh katak katak Mak Idah jadi katak" Mak Idah melatah setelah terkejut dengan suara Aaron.

"Ish budak ni, nasib baik jantung aku tak terkeluar" kata Mak Idah sambil mengurutkan dadanya.

"Boleh terkeluar ke jantung tu Mak Idah" seloroh Aaron.

"Ni apasal baru bangun ni dah lewat malam baru nak bangun?"

"Sorilah Mak Idah , penat sangat lah hari ni. Lagipun hujung minggu pun saya kena kerja"

"Takpelah tuan. Dah rezeki takkan nak tolak. Erk, tuan. Mak Idah nak tanya benda boleh tak?"

"Tanya ape Mak Idah?"

"Tuan ada scandal ekk dengan kawan tuan tu.?"

"Apa yang Mak Idah merepek ni? Takkan dengan kawan sendiri pun ada skandal. Lagi lagi dengan laki. Takde maknanya Mak Idah oi"

"Takdelah tadi saya nak masuk bilik tuan dan saya lihat kawan tuan tu tidur di tepi tuan. Tu yang Mak Idah musykil tu"

"Takde apa apalah Mak Idah, tadi kami berbincang pasal kerja then kami terlelap. Tu yang terjadi sebenarnya"

"Oh.."

"Hmm.. Mak Idah Mak Idah, takpelah saya tidur dulu dah lewat ni. Nanti Pak Haji gigit saya sebab mengurat Mak Idah tengah malam buta ni. Oklah Mak Idah Assalamualaikum"

"Hisy budak ni , waalaikumussalam" balas Mak Idah

Semasa Aaron hendak menaiki tangga, dia melihat Nazeeq berlari ke biliknya lalu mengunci pintu biliknya.

'Alamak mesti dia dengar perbualan aku dengan Mak Idah tadi. Hisy macam mana ni'

Aaron terus ke bilik Nazeeq dan mengetuk pintu.

"Sayang, sayang bukalah pintu ni"

Nazeeq pun menutup lampu biliknya dan berpura pura tidur. Kemudian Aaron menuju ke biliknya dan tidur dengan perasaan yang risau.

Saturday, 23 November 2013

BAB 8 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

08:10 0 Comments

'Ish lambat betul la minah ni. Ni yang buat aku naik darah tinggi ni. Kan aku balik baru tau. Tapi, kalau aku balik melepaslah peluang aku. Ni projek Tan Sri tak boleh tolak punya. Sabaar Aaron sabar' gumam Aaron dalam hati.

Tiba tiba pintu biliknya dibuka. Dia kembali duduk di kerusinya. Dia melihat Farah dengan seorang perempuan yang begitu cantik sekali masuk di dalam biliknya itu

"Bos ni saya kenalkan Tengku Izzatiey anak kepada Tan Sri Tengku Abdul Hamid" Farah memperkenalkan gadis itu.

""Hello, nice to meet you" Aaron menghulurkan tangannya untuk bersalam

"Sorry ya Mr Aaron tapi I tak pegang sembarangan tangan. Nanti berjangkit dengan macam macam penyakit. Nanti kesian papa bibik I kena jaga I kalau I kena penyakit" balas Izzatiey

Aaron mengepal tangannya

'Ish minah ni dah la lambat, tunjuk lagak pula. Nasib baik cantik kalau tak aku halau keluar dah.'

"Bos , kalau takde apa apa saya keluar dulu ya"ujar Farah

"Alright. Ah... Farah kalau you nak balik boleh balik lah dulu. Lagipun hari ni kan hari sabtu. So, kalau nak balik just whatsapp me ok" balas Aaron

"Ok bos" Farah pun berlalu pergi.

"Ehem, tak nak pelawa guest you ni duduk ke. Ingat I ni askar" sindir Izzatiey.

"Duduk je la, lagipun kerusi sebelah you je kan. Takkan tu pun I nak suruh" balas Aaron,

Kemudian mereka meneruskan perbualan mereka dengan perkara yang sepatut dibincangkan. Dalam perbualan itu, terselit gelak ketawa oleh Izzatiey dengan kelucuan Aaron. Dan ada juga ketika mereka mula bertentang mata lalu tercatatlah satu perasaan yang melekat di hat mereka.

"Wow that was great" ujar Aaron

"Kalau macam tu I pergi dulu ya" kata Izzatiey lalu bangun dari tempat duduknya.

"Wait Izzatiey. Can I get your phone number?"

"Boleh. Boleh blah. Kalu you nak sangat ambiklah dengan papa I. Oklah I nak pergi shopping dengan kawan kawan I . Bye"

Selepas itu, Aaron terus mengelamun tentang oerbualan mereka sebentar tadi. Dia masih teringatkan kecantikan Izzatiey itu. Seksi tapi ayu.

'Hisy apa aku fikir ni.Nazeeq. Alamak aku lupa la. Pasti Nazeeq merajuk ni. Kenapa boleh lupa sayang aku sorang tu'

Aaron kemudiannya mengambil telephone bimbitnya itu dan menghantar whatsappnya kepada Farah

-Farah esok you tak payah datang lah. Sebab Izzatiey beritahu I yang esok dia tak datang. Lagipun I dengan dia dah bincangkan dengan dia tentang projek tu.-

Aaron meletakkan telefon bimbitnya itu ke dalam poket dan berkemas untuk pulang.

'Just wait Izzatiey. I will get you'



Friday, 1 November 2013

BAB 7 ( AKAN KU GAPAI CINTAMU )

16:47 0 Comments

Pagi itu Aaron membuka matanya perlahan lahan lalu dia melihat sekujur tubuh disebelahnya sambil tangan itu melingkari di pinggangnye. Aaron kemudian bangun dari tempat tidurnya sambil menarik selimut kerna tiada seurat benang pun yang melekat di tubuhnya itu.

"You... kenapa tarik selimut ni,malu I. You tahu kan I takde apa apa sekarang." kata Nazeeq yang sudah tersedar dari tidurnya itu.

"Ala.. rilek la sayang. Kita berdua je dalam bilik ni. Takkan semalam tak malu hari ni dah malu pulak" balas Aaron

Aaron melihat jam di telefonnya yang terletak dia atas meja dalam biliknya. Alamak dah lewat. Dia bergegas ke bilik air dan bersiap untuk pergi kerja.

"Kenapa dengan you ni? Kalut je"

"I dah lewat nak ke office"

"Tapi, ni hujung minggu la sayang"

"I tahu ni hujung minggu but I ada appointment dengan anak Tan Sri Tengku Abdul Hamid, ahli korporat yang terkenal di Malaysia ni. Dia tak boleh datang so dia gantikan anak dia"

"Hmm yelah I tahu you lebih pentingkan kerja dari I. By the way anak dia laki ke perempuan?"

"I rasa perempuan. Kalau tak silap I Tengku Izzatiey. Kenapa you tanya?"

"Hah! Perempuan! Alaa you cancel je lah. You suruh assistant you yang gantikan you ok? I takut you tergoda dengan perempuan tu nanti"

"I tergoda dengan perempuan? Excuse me this is Aaron Razeeq lah... girls are not my taste kecuali mama I... Only Nazeeq in my heart... Dah la you tak payah nak cemburu sangat. I sayang you sorang je"

" okay I trust you"

Mana dia ni? Dah sejam aku tunggu tapi tak sampai sampai lagi. Ni yang aku bengang ni" bentak Aaron

Pada waktu yang sama, seorang gadis berada di meja Farah. Gadia itu mengenakan kemeja pink berlengan panjang yang bercorakkan hati dan seluar slack putih. Dia juga memakai vest berwarna putih serta memakai tudung merah darah ikan dan diserikan lagi dengan lipstik merah. Fulamak seksi gile.

"Boleh saya berjumpa dengan Mr. Aaron?"

"Boleh saya tahu cik ni siapa?"

"Oh.. saya Tengku Izzatiey anak kepada Tan Sri Tengku Abdul Hamid"

"Ohh...maaf Tengku saya terlupa yang tengku nak datang. Saya Farah. Setiausaha kepada Encik Aaron. Mari saya tunjukkan bilik Encik Aaron"

"Hmm... Tak payah nak bertengku dengan saya. Just call me Izzatiey"

Follow Us @soratemplates