"Baiklah hari ini kita akan mengulangkaji semula tajuk Pembinaan Negara Bangsa ini" kata Cikgu Suhana sambil memegang buku teks Sejarah tingkatan 5.
"Weh kau ni kenapa asyik mengelamun je. Cikgu Su suruh buka buku Sejarah yang kau pergi buka buku Add Math ni apesal?" tanya Zack sambil mengekek ketawa.
"Oh maaf. Aku mengantuk sebab tu aku mengelamun" balas Aaron dengan senyuman yang paksa.
'Isy dia ni. Takkan pukul 1 tengah hari pun mengantuk. Pelik sungguh budak ni. Ni mesti ada benda yang tak kena' gumam Zack di dalam hatinya.
"Okay, terima kasih kelas" tiba-tiba Cikgu Suhana berlari dengan pantas kerana ada panggilan mesyuarat tergempar.
Waktu itu semua murid terlopong melihat kelakuan Cikgu Suhana yang keluar daripada kelas dengan
dan berlari bak angin taufan.
"Cikgu Su ni dah boleh masuk olimpik dah ni" Zack berkata memecahkan lamunan rakan sekelasnya
yang masih terkejut dengan Cikgu Suhana. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Aaron tidak tergelak dengan kelucuan Zack itu. Apa yang ada di fikiran Aaron hanyalah Naziq, Naziq, Naziq...
5 TAHUN KEMUDIAN
"I wait you at Mak Embong cafe , okay" Aaron memutuskan talian.
"Amboi, siapa tu bos? Awek ke?" kata Farah kepada Aaron.
Farah Izyan merupakan setiausaha kepada CEO syarikatnya iaitu Aaron Razeeq.
"Takdelah. Just someone speacial" balas Aaron dengan senyuman yang melebar.
Aaron Razeeq kini telah menjadi CEO yang berjaya di sebuah syarikat daripada hasil titik peluhnya sendiri iaitu Razeeq Corporation Bhd. Setelah dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM, dia melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Kemudian, dia kembali ke tanah air dan memulakan bisnesnya di menubuhkan syarikatnya sendiri.
'Rindunya aku pada Zack. Di manalah dia agaknya sekarang' tiba-tiba rasa rindu akan sahabatnya
semasa dia berada di sekolah menengah. Selepas keputusan SPM keluar, Zack terus menghilangkan diri dan tiada siapa yang tahu di mana Zack berada. Adakah dia mendapat keputusan yang cemerlang atau sebaliknya?
"Bos... bos mengelamun ekk. Takpelah bos saya keluar dulu sebab banyak benda lagi nak
buat ni. Nak bercakap dengan bos pun asyik mengelamun. Jangan mengelamun banyak sangat "balas Farah lalu berlalu pergi.
Aaron memandang ke arah Farah yang mengenakan busana baju kebaya cream bercorak rama-rama dipadankan pula dengan tudung biru. Fulamak betapa cantiknya gadis ini, bentuk badannya mengalahkan model tetapi malangnya, bosnya bukanlah seorang mudah terpikat dengan seorang perempuan lebih-lebih lagi dia ni seorang bukannya penafsu yang baik. Bosnya tetap setia dengan kekasih hatinya seperti biasa, Naziq. Ya, Naziq. Mereka masih bersama walaupun zaman sekolah menengah telah lama habis, tapi hubungan mereka tetap utuh.
Aaron keluar dari pejabatnya dan menuju ke arah meja setiausahanya itu.
"Farah, saya nak keluar sekejap, kalau ada apa-apa just call me ok" beritahu Aaron.
"Yes bos....Tapi bos nak keluar pergi mana? Ada date dengan someone yang special ke?"
"Yeah! Something like that. Takdelah... saya kena jumpa dengan kawan saya ni. Kalau saya nak pergi dating pun saya takkan bagitahu awak. Eh, penyibuknya dia ni. Hahaha takpelah saya pergi dulu" kata Aaron
No comments:
Post a Comment