Saturday, 4 November 2017

AKAN KU GAPAI CINTAMU ( BAB 1 )


Pagi itu sungguh riuh rendah sekali suasana di dalam kelas 5 Einstein. Gelak ketawa pelajar-pelajarnya, dengan budak perempuan boraknya yang hampir boleh dedangari satu kelas. Zack tiba-tiba terlihat rakan semejanya, Aaron yang sedang termenung jauh itu lalu duduk di sebelahnya.

"Weh apasal kau ni. Orang lain semuanya happy, kau pula senyap dari tadi. Kenapa? Kau demam
ekk? Mari aku bawa kau ke hospital." tanya Zack kepada Aaron sambil memegang dahi Aaron

"Tak ada apa-apalah" jawab Aaron lalu menepis tangan Zack yang melekat di dahinya.


Muhd Aaron Razeeq atau lebih dikenali sebagai Aaron merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah di ibu negara ini. Dia seorang pelajar lelaki yang memiliki rupa paras yang agak menawan dan memiliki kulit sawo matang serta memiliki tubuh badan yang agak sasa berbanding rakan-rakannya . Dia juga diminati dan digilai oleh semua pelajar perempuan di sekolahnya namun sebenarnya  tiada siapa yang tahu bahawa dia memiliki nafsu yang ........ songsang! Ya, Aaron memang mempunyai naluri yang agak pelik iaitu perasaan inginkan lelaki. Tiada siapa yang mengetahui yang Aaron sebenarnya sudah lama berkeadaan sebegini walaupun keluarganya sendiri. Dia juga mempunyai hubungan sulit dengan kawannya sejak tingkatan 1 lagi, iaitu dengan Syed Asyraf Naziq atau dikenali sebagai Naziq. Naziq merupakan seorang pelajar contoh atau pelajar cemerlang di sekolah tersebut. Walaupun Naziq berbadan sama macam Aaron tetapi rupanya lebih ke arah orang cina kerana keturunannya merupakan dari orang cina dan mempunyai kulit yang agak putih berbanding Aaron. Aaron akan selalu keluar dengan Nazeeq tidak kira masa atau ke mana saja mereka pergi.

"Aaron, jom makan." laung Naziq dari luar kelas 5 Einstein

"Okay, jap. Bye Zack aku pergi dulu." jawab Aaron lalu melambai tangannya kepada Zack yang duduk di sebelahnya.

'Hmmm takpelah nak buat macam mana, dah lupa kawan agaknya' gumam Zack di dalam hatinya.

KRRRRRIIIIIIINGGGGGG!!!!! Loceng yang berbunyi menandakan sudah berakhirlah waktu persekolahan pada hari ini. Seperti biasa, Aaron akan mencari Naziq untuk pulang bersama.

"Isy,mana Naziq ni? Dah sejam aku tunggu dia" keluh Aaron.

Tiba-tiba telefon Aaron berbunyi. Aaron tersenyum tatkala melihat nama Naziq yang muncul di
skrin telefonnya. Lalu, dia menekan butang hijau untuk menjawabnya.

"Hello, you dekat mana? Dekat sejam I tunggu you dekat pagar sekolah. Panas tahu tak" beritahu
Naziq di hujung talian.

"Haa, you dekat pagar!"balas Aaron

"Ye la. Tadi kan dah janji nak tunggu dekat pagar sekolah. You ni dah lupa ke?"

"La... I cari you dekat kelas, sorry ekk"

"Okeylah,cepat sikit tau" balas Naziq lalu memutuskan talian.


Walaupun Naziq dan Aaron bernafsu sedemikian namun mereka bukanlah berperwatakan lembut sepertimana golongan maknyah. Mereka berdua sangat aktif dalam kokurikulum dan bidang sukan di sekolah mereka. Mereka juga selalu mewakili sekolah mereka dalam apa sahaja kejohanan termasuk kejohanan bola sepak peringkat negeri. Mungkin disebabkan itu tiada siapa yang mengesyaki atau mengetahui keadaan sebenar diri mereka.

"Sorrylah,I lupa tadi" ujar Aaron kepada Naziq

"Hmm takpelah. Jom balik cepat nanti kulit I ni terbakar" Naziq berjalan lalu menarik tangan Aaron tanpa Aaron sedari.

'Haih dia ni. Makin buat aku sayang' gumam Aaron sambil tersenyum.

Sebenarnya tanpa mereka sedari, gerak geri mereka berdua diperhatikan oleh seseorang di sebalik pondok pengawal. Siapa dia?

No comments:

Post a Comment

Follow Us @soratemplates