"Bos keluar lunch dengan sape tadi. siap kissing pipi lagi" Farah bertanya dengan penuh persoalan . Mana tidaknya, kalau perempuan tak mengapalah tapi ini lelaki. Pelik!
"Macam mana awak tahu saya keluar makan. Awak intip saya ke?" tanya Aaron dengan hati yang
berdebar.
"Takde maknanya saya nak intip bos. Staf lain yang beritahu. Dia cakap yang dia nampak bos cium pipi seorang lelaki masa bos siap lunch dekat Mak Embong Cafe. Entah-entah bos ni gay. Bos jangan bos, meremang bulu roma saya" kata Farah sambil bergurau.
"Eh mana adalah.. lagipun perbuatan itu dibenci oleh Allah SWT. Nanti, tak semena-mena saya kena
malapetaka macam kaum Nabi Luth a.s. Lagipun cium pipi tu kan sunnah Rasulullah. Rasulullah
selalu mencium pipi sahabatnya selepas bersalam dengan mereka. Awak tu jangan fitnah saya sembarangan. Awak kan tau yang memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Nanti tak pasal-pasal saya masuk syurga awak masuk neraka kerana fitnah awak tu" Aaron memberi ceramahnya kepada Farah kerana takut rahsianya terbongkar.
"Wah pandai betul bos beri ceramah agama.. hehehe,, Sorry la bos, saya manalah tau. Orang zaman sekarang bukan boleh kira. Saya janji saya tak buat lagi"
"Hmm.. takpelah saya maafkan. Dahlah saya dah lewat ni nak masuk meeting. Nanti tak pasal-pasal
Dato' Ismail batalkan perjanjiannya dengan kita untuk membina sebuah lagi pejabat baru Razeeq
Corporation Bhd.. Susah tu nak cari orang seperti Dato' Ismail tu."
"Oraitt bos.." balas Farah sambil menabik bosnya
'Hmm... Farah, Farah. Nasib baik tak kantoi tadi' gumam Aaron sambil mengusap dadanya yang berdebar-debar tadi bagaikan ingin tercabut jantungnya. Selesai mesyuarat, Aaron terus ke biliknya. Dia terasa amat gembira sekali kerana Dato' Ismail telah bersetuju untuk memulakan projek membina syarikat baru Razeeq Corporation Bhd. di Kuala Terengganu.
"Hmmm.... bosannya. Baik aku telefon Naziq" Aaron mengambil iPhonenya lalu menekan nombor Naziq.
"Hai sayang, you dekat mana?"
"Umm... I still dekat kafe ni lagi"
"Haa... but why?" tanya Aaron dengan nada yang terkejut.
"I takde tempat lah nak tinggal."
"Okey, macam nilah. You tunggu dekat kafe tu dulu nanti I datang ambil you okay?"
"Okay"
Aaron mematikan panggilan tersebut dan terus keluar untuk menjemput Naziq.
"Farah, I pulang dulu. Hmmm... sekarang pun baru pukul 3. Kalau you nak balik awal ,saya benarkan tapi ingat esok mesti datang kerja tau. Jangan pulang tak kembali pula. Okaylah saya pergi dulu." Aaron berseloroh dengan pembantunyanya itu.
"Yay... thank you bos" Farah meloncat gembira.
No comments:
Post a Comment