"Wow. So huge." Naziq terpegun tatkala menjejakkan kaki ke dalam kediaman milik Aaron.
"Oh tak ada apa-apalah. Papa I yang bagi ni. Biasa je ni, I ada satu lagi rumah yang lebih cantik dekat Damansara. Rumah tu I beli masa first time I buka syarikat. Mama dengan papa pun tak tahu. Nanti kita tinggal sana ya. Takde lah orang nak kacau kita" jelas Aaron
"Tuan nak makan? Mak Idah dah masakkan makanan kegemaran tuan iaitu asam pedas ikan patin" kata Mak Idah setelah mengambil beg tuannya itu dari tangan tuannya.
Mak Idah merupakan pembantu rumah kepada Aaron. Dia telah berkhidmat untuk Aaron dan keluarganya selama 2 tahun. Dia juga mempunyai suami yang bernama Pak Haji yang merupakan tukang kebun di situ. Mak Idah telah menganggap Aaron sebagai anaknya sendiri kerana dia dan Pak Haji tidak mempunyai anak atas faktor kesihatan.
"Yayy... Ni sayang Mak Idah ni. Oh ya saya terlupa nak kenalkan, ini Naziq kawan saya dari sekolah rendah lagi. Dia bakal tinggal di rumah ni untuk beberapa hari atau mungkin beberapa bulan."
"Assalamualaikum mak cik" Naziq bersalam dengan Mak Idah.
"Tak usahlah bermakcik-makcik. Tua sangat. Panggil auntie je.. hahaha takdelah panggil Mak Idah je" gurau Mak Idah.
"Amboi Mak Idah. Dah pandai buat lawak ye sekarang. Haishh takpelah Mak Idah saya naik mandi dulu malam nanti kita makan sekali ye. Jangan lupa panggil Pak Haji tu sekali nanti kebulur pulak dia"
"Hmmm... yelah tuan"
"Jomlah Naziq" panggil Aaron
"Hmm" balas Naziq sambil bermasam muka.
"Kenapa dengan you pulak ni"
"Tak de apa-apalah"
"Alah I tahu. You mesti dengki bila I cakap sayang dekat Mak Idah. You ni macam budak kecil la. I sayang Mak Idah tu mcam I sayang mak I sendiri tau. You nak tahu satu benda tak. I takkan sayang orang lain selain daripada you. You're the king in my heart"
"Really"
"Definitely"
"Thanks sayang, I juga takkan menyayangi orang lain selain daripada you"
"I know that. Okay. Nah sayang ni bilik you. Malam nanti you turun okay. Kita makan sekali.
Aaron berlalu pergi lalu mencium dahi Naziq.
No comments:
Post a Comment